Sunday, August 29, 2010

MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN

MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN


Jika tiba-tiba teringin hendak menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, 
negeri Kelantan merupakan destinasi yang harus dikunjungi. Jangan pula hairan, 
kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu 
berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri
Cik Siti Wan Kembang ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai potpuri budaya
yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Thailand berjaya
menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan
ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.


Anda mungkin tertawa tatkala mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Memang benar bak nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid: "makanan pelik-pelik, tahi minyak tahi itik," yang pelik dan unik itulah bagaikan magnet yang menarik orang ramai ke negeri ini.